Saturday, December 26, 2009

Pemberitahuan

Assalamualaikum wrt

Dengan ini dimaklumkan bahawa Blog Muzakarah Nahu ini tidak lagi digunakan untuk sebarang muzakarah nahu atau sorof. Untuk berbuat demikian, antum boleh terus layari blog saya yang baru iaitu http://akhi-ahmad-kamil.blogspot.com. Harap maaf jika berlaku kesulitan. Syukran.

Friday, November 13, 2009

Perubahan Keadaan I3rab

Perubahan keadaan i3rab ini terbahagi kepada 2 bahagian

1) Lafzi

Tiada مانع (penghalang) yang menghalang untuk melafazkan harkat itu secara jelas seperti harakat dal pada محمدٌ dan ra pada يسافرُ

2) Taqdiri

Ada مانع yang menghalang harakat itu daripada dilafazkan. مانع itu sama ada berbentuk تَعَذُّرٍ (payah disebut) , استقال @ ثقل (berat pada lidah) atau مناسبة (menyesuaikan dengan huruf selepasnya) .


Misalnya kita kata

يدعو الفتى و القاضي و غلامي


Kalimah يدعو adalah marfu3 kerana tidak masuk padanya 3amil nasab dan jazam.

Kalimah الفتى marfu3 kerana ia adalah fa3il

Kalimah القاضي dan غلامي kedua-duanya marfu3 kerana ma3tuf kepada fa3il yang marfu3.



Namun, baris dhommah tidak zahir pada hujung semua kalimah ini. Ini adalah kerana:

تعذر atau payah untuk dusebut pada الفتى ,
استقال atau berat pada lidah untuk menyebutnya pada يدعو dan القاضي ,
dan kerana مناسبة iaitu untuk menyesuaikan dengan harakat ya mutakallim selepasnya pada غلامي .


***********



Jadi, pada semua kalimah yang huruf akhirnya adalah alif lazimah, maka semua harakat akhirnya akan jadi muqaddar (tidak zahir) kerana تعذر . Isim yang diakhiri dengan alif dinamakan sebagai الإسم المقصور . Misalnya seperti :

جاء الفتى , رأيتُ الفتى , مررتُ بالفتى



Jika huruf akhirnya adalah ya lazimah, maka harakat dhommah dan kasrahnya akan jadi muqaddar kerana ثقل . Isim yang diakhiri dengan huruf ini dinamakan sebagai
الإسم المنقوص. Harakat fathahnya pula dizahirkan kerana ringan pada lidah untuk menyebutnya. Misalnya seperti

جاء القاضِي , رأيتُ القاضِيَ , مررتُ بالقاضِي



Setiap isim yang mudhof kepada ya mutakallim pula, kesemua harakatnya adalah muqaddar kerana مناسبة . Misalnya seperti
جاء غلامِي , رأيتُ غلامِي , مررت بغلامِي

Monday, November 9, 2009

Al- I3rab (الإعراب)

Takrif i3rab

1) lughah - الإظهار و الإبانة (jelas dan nyata)

Misalnya

أَعْرَبْتُ عَمَّا فِي نَفْسِيْ إذا أبَنْتَه و أظْهَرْتَه
"Aku telah jelas mengenai diriku, apabila engkau memperjelaskannya"

2) Istilah - Perubahan di akhir kalimah kerana masuknya 3awamil@faktor-faktor (baik yang nampak lafaznya 'lafzi' atau yang tidak nampak 'taqdiri') yang menyebabkan berlakunya perubahan itu.

Yang dimaksudkan dengan perubahan di akhir kalimah-kalimah itu adalah perubahan ahwal di akhir kalimah, bukan perubahan kalimah itu sendiri. Akhir kalimah itu tidak diubah.

Perubahan ahwal di akhir kalimah maksudnya adalah pertukaran i3rab rafa3 kepada nasab atau jar, baik secara hakiki atau hukmi.

Pertukaran ini pula berlaku disebabkan perbezaan 3awamil.

Perubahan pada isim

Misalnya kalau kita kata

"حضر محمدٌ"

Kalimah Muhammad itu hukum i3rabnya adalah marfu3, kerana dia adalah ma3mul (kalimah yang diubah hal akhirnya) kepada satu 3amil yang menyebabkan berlakunya i3rab rafa3, iaitu fa3il. Kita mesti ingat kaedah asas iaitu 'Setiap fa3il hukumnya adalah marfu3.
Dalam jumlah atau ayat ini, Muhammad adalah fa3il kepada fe3el hadoro. Oleh kerana Muhammad pada ketika ini menjadi fa3il, maka dia mesti mengikut i3rab fa3il. Oleh kerana itulah kalimah Muhammad dibaca dengan Muhammadun.

Kalau kita kita

"رأيتُ محمدًا"

Bertukar pula keadaan akhirnya kepada i3rab nasab. Kerana pada ketika ini dia menjadi maf3ul kepada fe3el ro-aitu. Mengikut kaedah, setiap maf3ul adalah nasab kecuali maf3ul yang tidak disebutkan fa3ilnya (naib fa3il). Kalimah Muhammad bila menerima i3rab nasab, maka ia akan berbaris fathah. Oleh kerana itu dibaca Muhammadan.

Bila kita kata

"مررتُ بمحمدٍ "

Berubah akhir kalimah kepada i3rab jar. Ini kerana masuk padanya 3amil jar, iaitu huruf الباء.

Bila kita perhatikan pada pada contoh-contoh ini, kita akan dapati bahawa akhir kalimah Muhammad (iaitu huruf dal) tidak berubah. Yang berubah adalah keadaan akhirnya. Keadaannya marfu3 pada contoh pertama, mansub pada contoh kedua dan majrur pada misal ketiga.

Perubahan dari keadaan rafa3 kepada nasab dan jar inilah yang dinamakan sebagai الإعراب. Ketiga-tiga baris tadi iaitu dhommah (baris depan), fathah (baris atas) dan kasrah (baris bawah) adalah alamat kepada i3rab. Apakah pula alamat i3rab? InsyaAllah akan diterangkan bila tiba tempatnya.


Perubahan pada fe'3el mudhori3

Fe3el mudhori3 juga seperti isim. Kalau kita kata

"يسَافِرُ إبراهيمُ"

Maka yusafiru itu adalah fe3el mudhori3 marfu3, kerana tiada sebarang faktor atau 3amil yang yang menyebabkan dia menjadi nasab atau jazam.

Bila kita kata

" لن يسافرَ إبراهيمُ "

Berubah keadaan yusafiru daripada rafa3 kepada nasab, kerana pada masa ini masuk 3amil yang menasabkannya iaitu huruf لن.

Bila kita kata

" لَمْ يسافرْ إبراهيمُ "

Berubah keadaan daripada rafa3 atau nasab kepada jazam, kerana masuk 3amil yang menjazamkan fe3el mudhori3 iaitu huruf لم.



menyusul untuk entri selepas ini ' Perubahan i3rab terbahagi kepada 2 bahagian'. InsyaAllah.

Saturday, November 7, 2009

Alamat-alamat fe3el

Ada 4 alamat yang apabila kamu mendapati salah satu daripadanya pada satu-satu kalimah, ketahuilah bahawa kalimah yang selepas 4 alamat ini adalah fe3el.

Empat alamat itu adalah

1)قد

Huruf ini masuk pada fe3el madhi dan mudhori3

Bila ia masuk pada fe3el madhi, ia akan menunjukkan kepada salah satu daripada dua makna ini, iaitu التحقيق (pasti) dan التقريب (hampir) .

Misal untuk التحقيق firman Allah

{قد أفلح المؤمنون } Sesungguhnya pasti berjayalah orang-orang yang beriman.


Misal untuk التقريب adalah seperti dalam iqamah

قد قامت الصلاة - Telah hampirlah (untuk) mendirikan solat

قد غربت الشمسُ - Hampir terbenamlah matahari


Bila ia masuk pada fe3el mudhori3, ia akan menunjukkan salah satu daripada dua makna juga iaitu التقليل (sikit, kadang-kadang) dan التكثير (banyak, selalu).

Misal untuk التقليل

قد يصدُقُ الكَذوبُ - Kadang-kadang orang yang suka menipu itu berkata benar.

Misal untuk التكثير

قد يفعلُ التقِيُّ الخيرَ - orang yang bertaqwa selalu sahaja berbuat kebaikan.



2,3) السين dan سوف

Kedua-dua huruf ini hanya masuk pada fe3el mudhori3 sahaja. Keduanya memberi makna istiqbal (akan datang). Cuma huruf السين menunjukkan masa istiqbal yang lebih hampir dengan waktu hal (sekarang) berbanding سوف. Maknanya, masa akan datang untuk سوف adalah lebih jauh daripada السين.

Misal penggunaan السين,firman Allah
{سيقول السفهاء من الناس } - Nanti (tidak lama lagi) orang-orang bodoh akan berkata...

Misal penggunaan سوف , firman Allah
{ سوف نصليهم نارا } - Kelak (diakhirat) Kami akan memasukkan mereka ke dalam neraka.


4) تاء التأنيث الساكنة (Ta taknis yang bertanda mati)

Huruf ini hanya masuk pada fe3el madhi. Tujuan penggunaan huruf ini adalah untuk menunjukkan bahawa isim yang disandarkan selepas fe3el itu adalah muannas. Tidak kiralah sama ada isim itu akan menjadi fa3eel (فاعل ) kepada fe3el itu seperti

قالت عائشة - Aisyah berkata

atau naib fa3eel seperti

فُتِحَت الأبوابُ - Pintu-pintu itu dibuka.

Yang dimaksudkan dengan sakinah (tanda mati) itu adalah pada asal sebutannya. Maka tidak menjadi masalah untuk membariskannya kepada kasrah (baris bawah) jika bertembung dua huruf yang mati, dimana huruf ini adalah yang pertama daripada dua huruf yang mati itu. Seperti firman Allah

{و قالتِ امرأة عمران }

Huruf-huruf Qasam (Sumpah)

Huruf (القسم)ada 3

1. الواو

Huruf ini hanya boleh masuk pada isim yang zahir sahaja. Misalnya
والله, و الطور



2. الباء

Huruf ini boleh masuk pada isim zahir seperti "باللهِ لأجتهدنَّ"

dan boleh juga masuk pada dhomir seperti "بكَ لأضربنَّ الكسول"


3. التاء

Huruf ini tidak masuk melainkan hanya pada lafaz jalalah (الله) seperti
{و تالله لأكيدن أصنامكم }

Thursday, November 5, 2009

Makna-makna Huruf Jar





Assalamualaikum wrt


Di atas adalah jadual ringkas mengenai sebahagian huruf jar dan makna-maknanya. Makna yang diberikan untuk setiap huruf jar disini adalah makna yang paling asas untuk huruf tersebut.


Sebenarnya, setiap huruf jar mempunyai pelbagai makna. Huruf من misalnya, dalam kitab Syarh al-Ajurumiyyah oleh al-Imam Ali ibnu Abdillah ibni Ali Nuriddin as-Sanhuri rahimahullah (wafat 889 H)menyebut ada 9 makna untuk huruf ini sahaja. Begitu juga untuk huruf-huruf jar yang lain.


Mengetahui makna-makna huruf jar adalah sangat penting kerana huruf-huruf ini terlalu banyak didapati di dalam al-Quran dan Hadis serta kitab-kitab turath.

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Amin.

Sunday, November 1, 2009

Alamat-Alamat Isim

klik untuk besarkan.

Assalamualaikum wrt

Isim mempunyai alamat-alamat yang membezakannya dengan fe'el atau harf. Pengarang matan al-Ajurumiyyah (al-Allamah Ibnu Ajurrum rahimahullah) menyebutkan 4 antara alamat-alamatnya, iaitu al-khafdhu (الخفض), tanwin, masuk padanya alif dan lam, atau masuk padanya salah satu daripada huruf jar.

1. الخفض (al-khafdhu)

Adapun الخفض , dari segi lughah bermaksud ضد الإرتفاع yakni lawan kepada tinggi.
Dari segi isitilah ulama nahu, alkhafdhu adalah baris bawah atau naib kepada baris bawah yang datang disebabkan 'amil atau faktor yang menyebabkannya menjadi begitu.

Misalnya kasrah (baris bawah) pada huruf ra' di kalimah (بكر) dan (عمرو ) pada 2 ayat dibawah.



Kedua-duanya kalimah tersebut adalah isim, kerana adanya kasrah diakhir setiap satu antara keduanya.

2. Tanwin

Dari segi lughah : التصويت (membunyikan , mengeluarkan suara) . Contohnya kita kata
نَوَّنَ الطائر (burung berkicauan).

Dari segi istilah : Tanwin adalah nun sakinah (mati) yang ada di akhir isim secara lafaz, namun tidak disertakan di tulisan.

Misalnya


Semua kalimah di atas adalah isim, kerana adanya tanwin di akhir setiap kalimah.


3. Masuk alif lam (ال)di awal kalimah.

Misalnya

4. Masuk salah satu daripada huruf-huruf khafd (huruf jar)

Misalnya "ذهبْتُ من البيتِ الى المدرسةِ " Kalimah bait dan madrasah kedua-duanya adalah isim kerana masuknya alif lam.



Antara huruf-huruf khafd adalah

مِنْ , إلى , عن , على , في , رُبّّ , الباء , الكاف , اللام ,
InsyaAllah pada entri akan datang akan dibicarakan mengenai huruf khafd dan makna-maknanya.