Monday, November 9, 2009

Al- I3rab (الإعراب)

Takrif i3rab

1) lughah - الإظهار و الإبانة (jelas dan nyata)

Misalnya

أَعْرَبْتُ عَمَّا فِي نَفْسِيْ إذا أبَنْتَه و أظْهَرْتَه
"Aku telah jelas mengenai diriku, apabila engkau memperjelaskannya"

2) Istilah - Perubahan di akhir kalimah kerana masuknya 3awamil@faktor-faktor (baik yang nampak lafaznya 'lafzi' atau yang tidak nampak 'taqdiri') yang menyebabkan berlakunya perubahan itu.

Yang dimaksudkan dengan perubahan di akhir kalimah-kalimah itu adalah perubahan ahwal di akhir kalimah, bukan perubahan kalimah itu sendiri. Akhir kalimah itu tidak diubah.

Perubahan ahwal di akhir kalimah maksudnya adalah pertukaran i3rab rafa3 kepada nasab atau jar, baik secara hakiki atau hukmi.

Pertukaran ini pula berlaku disebabkan perbezaan 3awamil.

Perubahan pada isim

Misalnya kalau kita kata

"حضر محمدٌ"

Kalimah Muhammad itu hukum i3rabnya adalah marfu3, kerana dia adalah ma3mul (kalimah yang diubah hal akhirnya) kepada satu 3amil yang menyebabkan berlakunya i3rab rafa3, iaitu fa3il. Kita mesti ingat kaedah asas iaitu 'Setiap fa3il hukumnya adalah marfu3.
Dalam jumlah atau ayat ini, Muhammad adalah fa3il kepada fe3el hadoro. Oleh kerana Muhammad pada ketika ini menjadi fa3il, maka dia mesti mengikut i3rab fa3il. Oleh kerana itulah kalimah Muhammad dibaca dengan Muhammadun.

Kalau kita kita

"رأيتُ محمدًا"

Bertukar pula keadaan akhirnya kepada i3rab nasab. Kerana pada ketika ini dia menjadi maf3ul kepada fe3el ro-aitu. Mengikut kaedah, setiap maf3ul adalah nasab kecuali maf3ul yang tidak disebutkan fa3ilnya (naib fa3il). Kalimah Muhammad bila menerima i3rab nasab, maka ia akan berbaris fathah. Oleh kerana itu dibaca Muhammadan.

Bila kita kata

"مررتُ بمحمدٍ "

Berubah akhir kalimah kepada i3rab jar. Ini kerana masuk padanya 3amil jar, iaitu huruf الباء.

Bila kita perhatikan pada pada contoh-contoh ini, kita akan dapati bahawa akhir kalimah Muhammad (iaitu huruf dal) tidak berubah. Yang berubah adalah keadaan akhirnya. Keadaannya marfu3 pada contoh pertama, mansub pada contoh kedua dan majrur pada misal ketiga.

Perubahan dari keadaan rafa3 kepada nasab dan jar inilah yang dinamakan sebagai الإعراب. Ketiga-tiga baris tadi iaitu dhommah (baris depan), fathah (baris atas) dan kasrah (baris bawah) adalah alamat kepada i3rab. Apakah pula alamat i3rab? InsyaAllah akan diterangkan bila tiba tempatnya.


Perubahan pada fe'3el mudhori3

Fe3el mudhori3 juga seperti isim. Kalau kita kata

"يسَافِرُ إبراهيمُ"

Maka yusafiru itu adalah fe3el mudhori3 marfu3, kerana tiada sebarang faktor atau 3amil yang yang menyebabkan dia menjadi nasab atau jazam.

Bila kita kata

" لن يسافرَ إبراهيمُ "

Berubah keadaan yusafiru daripada rafa3 kepada nasab, kerana pada masa ini masuk 3amil yang menasabkannya iaitu huruf لن.

Bila kita kata

" لَمْ يسافرْ إبراهيمُ "

Berubah keadaan daripada rafa3 atau nasab kepada jazam, kerana masuk 3amil yang menjazamkan fe3el mudhori3 iaitu huruf لم.



menyusul untuk entri selepas ini ' Perubahan i3rab terbahagi kepada 2 bahagian'. InsyaAllah.

1 comment:

  1. Assalammualaikum ustaz,semua nahu nie ustaz guna kitab apa?

    ReplyDelete