Sunday, November 1, 2009

Alamat-Alamat Isim

klik untuk besarkan.

Assalamualaikum wrt

Isim mempunyai alamat-alamat yang membezakannya dengan fe'el atau harf. Pengarang matan al-Ajurumiyyah (al-Allamah Ibnu Ajurrum rahimahullah) menyebutkan 4 antara alamat-alamatnya, iaitu al-khafdhu (الخفض), tanwin, masuk padanya alif dan lam, atau masuk padanya salah satu daripada huruf jar.

1. الخفض (al-khafdhu)

Adapun الخفض , dari segi lughah bermaksud ضد الإرتفاع yakni lawan kepada tinggi.
Dari segi isitilah ulama nahu, alkhafdhu adalah baris bawah atau naib kepada baris bawah yang datang disebabkan 'amil atau faktor yang menyebabkannya menjadi begitu.

Misalnya kasrah (baris bawah) pada huruf ra' di kalimah (بكر) dan (عمرو ) pada 2 ayat dibawah.



Kedua-duanya kalimah tersebut adalah isim, kerana adanya kasrah diakhir setiap satu antara keduanya.

2. Tanwin

Dari segi lughah : التصويت (membunyikan , mengeluarkan suara) . Contohnya kita kata
نَوَّنَ الطائر (burung berkicauan).

Dari segi istilah : Tanwin adalah nun sakinah (mati) yang ada di akhir isim secara lafaz, namun tidak disertakan di tulisan.

Misalnya


Semua kalimah di atas adalah isim, kerana adanya tanwin di akhir setiap kalimah.


3. Masuk alif lam (ال)di awal kalimah.

Misalnya

4. Masuk salah satu daripada huruf-huruf khafd (huruf jar)

Misalnya "ذهبْتُ من البيتِ الى المدرسةِ " Kalimah bait dan madrasah kedua-duanya adalah isim kerana masuknya alif lam.



Antara huruf-huruf khafd adalah

مِنْ , إلى , عن , على , في , رُبّّ , الباء , الكاف , اللام ,
InsyaAllah pada entri akan datang akan dibicarakan mengenai huruf khafd dan makna-maknanya.

No comments:

Post a Comment