Perubahan keadaan i3rab ini terbahagi kepada 2 bahagian
1) Lafzi
Tiada مانع (penghalang) yang menghalang untuk melafazkan harkat itu secara jelas seperti harakat dal pada محمدٌ dan ra pada يسافرُ
2) Taqdiri
Ada مانع yang menghalang harakat itu daripada dilafazkan. مانع itu sama ada berbentuk تَعَذُّرٍ (payah disebut) , استقال @ ثقل (berat pada lidah) atau مناسبة (menyesuaikan dengan huruf selepasnya) .
Misalnya kita kata
يدعو الفتى و القاضي و غلامي
Kalimah يدعو adalah marfu3 kerana tidak masuk padanya 3amil nasab dan jazam.
Kalimah الفتى marfu3 kerana ia adalah fa3il
Kalimah القاضي dan غلامي kedua-duanya marfu3 kerana ma3tuf kepada fa3il yang marfu3.
Namun, baris dhommah tidak zahir pada hujung semua kalimah ini. Ini adalah kerana:
تعذر atau payah untuk dusebut pada الفتى ,
استقال atau berat pada lidah untuk menyebutnya pada يدعو dan القاضي ,
dan kerana مناسبة iaitu untuk menyesuaikan dengan harakat ya mutakallim selepasnya pada غلامي .
***********
Jadi, pada semua kalimah yang huruf akhirnya adalah alif lazimah, maka semua harakat akhirnya akan jadi muqaddar (tidak zahir) kerana تعذر . Isim yang diakhiri dengan alif dinamakan sebagai الإسم المقصور . Misalnya seperti :
جاء الفتى , رأيتُ الفتى , مررتُ بالفتى
Jika huruf akhirnya adalah ya lazimah, maka harakat dhommah dan kasrahnya akan jadi muqaddar kerana ثقل . Isim yang diakhiri dengan huruf ini dinamakan sebagai
الإسم المنقوص. Harakat fathahnya pula dizahirkan kerana ringan pada lidah untuk menyebutnya. Misalnya seperti
جاء القاضِي , رأيتُ القاضِيَ , مررتُ بالقاضِي
Setiap isim yang mudhof kepada ya mutakallim pula, kesemua harakatnya adalah muqaddar kerana مناسبة . Misalnya seperti
جاء غلامِي , رأيتُ غلامِي , مررت بغلامِي
Saya tahu teman saya adalah seorang penulis
-
Seperti hidup saya, hal-hal yang membersihkan. Saya diemail wanita itu dan
mengatakan kepadanya bahwa teman saya yang menulis dan sangat berbakat akan
sena...
12 years ago
No comments:
Post a Comment