Saturday, November 7, 2009

Alamat-alamat fe3el

Ada 4 alamat yang apabila kamu mendapati salah satu daripadanya pada satu-satu kalimah, ketahuilah bahawa kalimah yang selepas 4 alamat ini adalah fe3el.

Empat alamat itu adalah

1)قد

Huruf ini masuk pada fe3el madhi dan mudhori3

Bila ia masuk pada fe3el madhi, ia akan menunjukkan kepada salah satu daripada dua makna ini, iaitu التحقيق (pasti) dan التقريب (hampir) .

Misal untuk التحقيق firman Allah

{قد أفلح المؤمنون } Sesungguhnya pasti berjayalah orang-orang yang beriman.


Misal untuk التقريب adalah seperti dalam iqamah

قد قامت الصلاة - Telah hampirlah (untuk) mendirikan solat

قد غربت الشمسُ - Hampir terbenamlah matahari


Bila ia masuk pada fe3el mudhori3, ia akan menunjukkan salah satu daripada dua makna juga iaitu التقليل (sikit, kadang-kadang) dan التكثير (banyak, selalu).

Misal untuk التقليل

قد يصدُقُ الكَذوبُ - Kadang-kadang orang yang suka menipu itu berkata benar.

Misal untuk التكثير

قد يفعلُ التقِيُّ الخيرَ - orang yang bertaqwa selalu sahaja berbuat kebaikan.



2,3) السين dan سوف

Kedua-dua huruf ini hanya masuk pada fe3el mudhori3 sahaja. Keduanya memberi makna istiqbal (akan datang). Cuma huruf السين menunjukkan masa istiqbal yang lebih hampir dengan waktu hal (sekarang) berbanding سوف. Maknanya, masa akan datang untuk سوف adalah lebih jauh daripada السين.

Misal penggunaan السين,firman Allah
{سيقول السفهاء من الناس } - Nanti (tidak lama lagi) orang-orang bodoh akan berkata...

Misal penggunaan سوف , firman Allah
{ سوف نصليهم نارا } - Kelak (diakhirat) Kami akan memasukkan mereka ke dalam neraka.


4) تاء التأنيث الساكنة (Ta taknis yang bertanda mati)

Huruf ini hanya masuk pada fe3el madhi. Tujuan penggunaan huruf ini adalah untuk menunjukkan bahawa isim yang disandarkan selepas fe3el itu adalah muannas. Tidak kiralah sama ada isim itu akan menjadi fa3eel (فاعل ) kepada fe3el itu seperti

قالت عائشة - Aisyah berkata

atau naib fa3eel seperti

فُتِحَت الأبوابُ - Pintu-pintu itu dibuka.

Yang dimaksudkan dengan sakinah (tanda mati) itu adalah pada asal sebutannya. Maka tidak menjadi masalah untuk membariskannya kepada kasrah (baris bawah) jika bertembung dua huruf yang mati, dimana huruf ini adalah yang pertama daripada dua huruf yang mati itu. Seperti firman Allah

{و قالتِ امرأة عمران }

No comments:

Post a Comment